Search Here

Showing posts with label Takaful Product. Show all posts
Showing posts with label Takaful Product. Show all posts
Satu plan perlindungan serta simpanan dengan PENDAPATAN, melalui pembayaran berkala (setiap 3 tahun sekali) yang menepati kehendak kewangan semasa peserta. - PELAN PRIMA

Plan jangka masa panjang dengan kadar PERLINDUNGAN serta SIMPANAN yang tinggi. - PELAN MESRA

Program tabung untuk waris yang "ditinggalkan" dengan SIMPANAN yang SANGAT TINGGI. - PELAN WARISAN

Perlindungan MAKSIMUM dengan jumlah sumbangan yang RENDAH (tanpa simpanan)- PELAN EHSAN

===============================================

Bagaimanakah Dana pilihan anda dan apakah pulangan yang anda harapkan?

- Perlindungan sahaja tanpa simpanan. Sumbangan RM30 - RM60

- Perlindungan dan Simpanan. Tanpa Medical Card. Sumbangan RM70 - RM100

- Perlindungan dan Simpanan bersama Medical Card. Sumbangan RM100 - RM200

- Perlindungan dan Pendapatan berkala. Sumbangan RM150 - RM300

- Perlindungan dan simpanan untuk tinggalan kepada Waris, Sumbangan RM100 - RM300

- Dana Pendidikan Anak-anak. Sumbangan RM50 - RM300

How Takaful Diff from Insurance

There are several differences between Takaful and conventional insurance. The main differences are that in Takaful, the Participants donate to a shared Takaful Fund to provide protection for each other against risks, whereas in conventional insurance the premium is paid to the insurance company which bears all of the risk.

In addition, any surplus in the Takaful Fund is distributed among Participants and shareholders on the basis of Mudaraba and Wakala models, whereas all profits in conventional insurance belong to the shareholders of the insurance company only. As such, Takaful is based on mutual cooperation whereas conventional insurance is based more on commercial factors.

The third major difference is that Takaful companies adopt strict Shari’a principles in all aspects of their operations, avoiding prohibited concepts such as Riba (interest), Al-Gharar (uncertainty) and Al-Maisir (gambling), supervised by an external Shari’a Supervisory Board

Mengapa Perlu Insurans


Muhammad Hisyam bin Mohamad

Fellow: 16/01/2007 -( Berita Harian )
Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].

Ada kalanya musibah ini merupakan satu ujian yang berpunca daripada perbuatan manusia itu sendiri. Lantas Allah s.w.t menurunkan balanya agar manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali mengamalkan apa yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah ar-Ruum ayat ke-41 yang bermaksud:
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada qada' dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.
Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.
Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.
Dalam hal ini, konsep takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.
Risiko yang dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara-perkara yang berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).
Bagaimanapun, bila kita membicarakan tentang persoalan yang berkaitan dengan perlindungan menerusi sistem takaful, kita lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit kritikal, perlindungan persaraan atau pendidikan anak-anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi harta benda.
Risiko yang berkaitan dengan harta benda sekarang ini memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya.
Bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting, tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko agar ia merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.
Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta kenderaan juga tidak terkecuali. Bagi yang mengambil perlindungan takaful , mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia merupakan satu yang mendukacitakan.

Produk-produk takaful am seperti takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah (houseowner's and householder's takaful) merupakan antara produk-produk yang menawarkan perlindungan ke atas harta benda kita jika terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun banjir.

Bagaimanapun produk-produk yang dinyatakan di atas hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada konkrit sepenuhnya. Ini merupakan satu kekangan kepada pemilik-pemilik rumah kayu terutamanya yang tinggal di desa-desa untuk menyertai skim takaful di atas.

Rumah sebagaimana yang kita tahu adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang positif kepada warganya. Ini bertepatan dengan maksud hadis berikut:

Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan yang selesa". (Riwayat al-Baihaqi).

Mungkin sudah tiba masanya bagi pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi para pemilik rumah kayu melindungi harta benda mereka daripada bencana-bencana yang biasa melanda negara seperti banjir ini.
Bagaimanapun pada masa yang sama, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu cara-cara yang terbaik untuk mengurus risiko. Perlindungan takaful merupakan satu cara yang terbaik yang boleh digunapakai kerana ia selaras dengan kehendak syariah.

Memang kita mengakui bahawa tidak semua jenis kerugian itu dapat diatasi secara seratus peratus. Sebagai contohnya, kesan emosi atau trauma yang dialami akibat kehilangan harta atau kematian orang tersayang amat sukar untuk ditukarganti dengan pampasan wang ringgit. Bagaimana melalui pampasan yang terdapat di dalam konsep takaful , ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kerugian serta tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah ini.

Apa yang penting ialah perlu ada keseimbangan di antara pengurusan risiko ke atas nyawa / diri dan perlindungan risiko ke atas harta benda.

Akan tetapi kesedaran untuk menyertai takaful terutama di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam masih lagi rendah.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir, pada masa ini jumlah rakyat Malaysia yang memiliki insurans, hanyalah 44 peratus sahaja.

Jika ditinjau dari sudut penyertaan skim insurans konvensional, hanya 5-8% sahaja kaum Melayu mempunyai perlindungan insurans. Mungkin isu-isu yang berkaitan dengan syariah merupakan sebab utama orang Melayu kurang berminat untuk membeli insurans konvensional.

Apa yang peliknya, penyertaan mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful juga rendah. Ini yang dikatakan kesedaran kepentingan untuk bertakaful masih lagi belum menjadi satu keutamaan di kalangan orang Islam di Malaysia.

Mungkin kesedaran untuk mendapatkan perlindungan secara Islam ini perlu diasuh dari peringkat kecil lagi di mana kempen-kempen perlu dimulakan di peringkat sekolah rendah atau menengah. Tidak pun ia dimasukkan ke dalam kursus-kursus perkahwinan bagi memberi kesedaran tentang peri pentingnya untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mereka yang ingin memasuki alam rumahtangga dan memulakan keluarga sendiri.
Surah Al Hajj ayat 40-41, Allah berfirman bermaksud:
Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.
Surah An Nur bilangan ayat ke 55 bermaksud:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
"Jaminan Pendapatan"

Sumbangan Bulanan
RM 80
RM 100
RM 160
Tabung Khairat KematianRM 50,000.00RM 100,000.00RM 150,000.00
Tabung Hilang UpayaRM 50,000.00RM 100,000.00RM 150,000.00
Tabung Penyakit KritikalRM 10,000.00RM 20,000.00RM 30,000.00
Pampasan KemalanganRM 10,000.00RM 20,000.00RM 30,001.00
Elaun HospitalRM 40.00 sehariRM 60.00 sehariRM 80.00 sehari
 

"Tinggalkan anak & Isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

MESRA
PRIMA
WARISAN
EHSAN
SAKINAH
SARJANA
Merupakan pelan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan

untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan

yang dapat memenuhi keperluan semasa Peserta. Pelan ini ditawarkan kepada

individu yang berumur antara 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.

Pelan ini memberikan jaminan Manfaat Perolehan setiap 3 tahun (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas Akaun

Khas Peserta)

Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini.
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang mempunyai kelebihan dari segi Perlindungan dan simpanan . Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur

antara 6 bulan 55 tahun sahaja

Pelan ini memberikan perlindungan jangka panjang sehingga ke usia 88 tahun di

mana peserta mempunyai taga pilihan tempoh sumbangan sehingga ke umur 55, 60

atau 65 tahun.
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan sahaja. Pelan ini ditawarkan untuk individu yang berumur antara 18 hingga 55 tahun sahaja (pada tarikh lahir akan datang)
Perlindungan sekeluarga dengan hanya satu pelan dan satu sumbangan.

SAKINAH adalah satu-satunya pelan Takaful Keluarga yang menawarkan khidmat perlindungan

menyeluruh dengan hanya menyertai satu pelan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan fleksibiliti bagi

pasangan suami isteri atau ibubapa dan anak-anak. Pelan ini adalah berlandaskan prinsip Syariah.

Jenis Pelan yang Ditawarkan

SAKINAH menawarkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.

Sakinah 1 – Bertempoh dengan Simpanan

Sakinah 2 – Bertempoh
Merupakan pelan takaful keluarga yang menawarkan penyediaan tabung pendidikan kanak-kanak beserta

perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang

TAKAFUL eTIQA

Being Etiqa

Today, with the new identity and logo, we are dynamically progressive, changing both internally and externally to ensure that you, our valued stakeholder benefits from such changes. The name is unique, personified by our core brand idea of “Humanizing Insurance”. The logo is dynamic, daring and distinctive. Yet, it holds strong to basic family values with the face reflected and the “TQ” representing our appreciation to you. Its youthful enthusiasm is apparent in the mix of upper and lower case letters which also reflects the approachability and accessibility of our organisation to our customers. The yellow and black signifies the link to our parent company, Maybank and exemplifies our solid financial standing.

What it means to you?

However, we believe that this new name and logo symbolizes change. Not just physically, but internally as well. We have taken branding to heart and with the launch of this new identity, we have changed to ensure that we are able to be better for you, to serve you better, to develop better products for you and most importantly, to just be there for you. Let us assure you that the policies that you currently have are still valid and are only affected by a change in its name, where it will be more reflective of the new brand. For all of us here at Etiqa, we believe in living our new brand and we are confident that you will enjoy the experience of a new world of Etiqa.